SPM 2014 & 2015 (TINGKATAN 5 DAN 4)

1.EDARAN TAJUK ULANGKAJI PEPERIKSAAN AKAN DIEDARKAN PADA JUMAAT 21 MAC 2014. 2.TAJUK /BAB KERTAS 3 TINGKATAN 4 & 5 AKAN DIEDARKAN SELEPAS CUTI SEKOLAH.

Followers

Wednesday, March 19, 2014

TAJUK ULANGKAJI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL TINGKATAN 4 2014

Bab 1  (Tema 1)
-Pengertian tamadun mengikut Barat dan Islam.
-nama2  EMPAT tamadun awal di lembah sungai.
-nama sungai di tamadun2.
-ciri2 tamadun awal.
-mengapa tamadun bermula di sungai.
-Kepentingan sungai/kegunaan sungai.
-menanda peta, nama tamadun dan sungai.



Bab 2
-Perundangan Rom.
-maksud undang-undang.
-jenis undang-undang Rom.
-apa beza undang-undang Hukum Kanun dan Undang-undang Justinian.
-pengasas undang-undang.
-prinsip undang-undang Rom.
-kepentingan undang-undang
-apa tujuan diadakan undang-undang?


Bab 2
Tamadun China /Yunani/Rom dan India
-senibina, kenapa penting/kepentingan
-kemajuan dalam aspek ekonomi.(pertanian, perdagangan)
-ikhtibar dalam mencapai kemajuan.Apakah nilai-nilai yang masyarakat tunjukkan (sila lihat buku modul muka surat 2-3)
-bagaimana mencontohi kemajuan tamadun-tamadun ini.(nilai)
-ciri-ciri atau nilai masyarakat bagi mencapai kemajuan/peradaban dalam senibina.
-contoh senibina bagi setiap tamadun China/India/Rom dan Yunani.
-kegunaan senibina.
-apa kemahiran yg perlu dalam membuat senibina? (matematik, sains dan teknologi dll)
-kenapa perlu menjaga senibina lama.
-bagaimana menjaga senibina agar tahan lama.


Bab 3
-cara kedatangan Hindu dan Buddha.
-faktor yg mempengaruhi kedatangan Hindu & Buddha.
-peranan dan kedudukan Raja dlm kerajaan   awal.
-kenapa tidak berani menentang raja.
-memahami golongan status sosial di AT.Bab 1


Tamadun Mesir.
-sumbangan Mesir dari segi politik, ekon dan sosial.
-sumbangan mesir yg ada sehingga ke hari ini.
-KBKK, pencapaian Malaysia adakan akan bertahan sampai bila-bila, kenapa?
-contoh perkataan bahasa sanskrit yang digunakan dalam Bahasa Melayu.




Bab 1
Tamadun Mesopotamia
-peranan raja dalam politik, ekon dan sosial.
-kod undang2 Hammurabi.
-sumbangan mesopotamia.
-nilai masyarakat Mesopotamia bagi mencapai kejayaan.

Bab 2
Tamadun China /Yunani/Rom dan India
Pendidikan.
-tahap pendidikan.
-mengapa penting.
-pendikana di athens dan sparta.
-mengapa pendidikan penting.-\
-bagaimana meningkatkan pendidikan dalam negara.

Bab 2
Tamadun China /Yunani/Rom dan India
-sumbangan tamadun daqlam aspek politik.
-aspek sains dan teknologi.
-banding sukan olimpik dahulu dan sekarang.
-tujuan sukan diadakan.
-bagaimana sukan mengukuhkan perpaduan negara.



Bab 3
-kerajaan Agraria.
-ciri-ciri agraria.
-jenis tanaman-
-faktor kegiatan pertanian.
-kepentingan Tasik Tonle Sap.
-Kerajaan Maritim.
-ciri-ciri kerajaan Maritim.
-Kerajaan Srivijaya & kuasa Maritim.
-Kerajaan Kedah Tua.
-Apakah /cara masyarakat
membangunkan kerajaan mereka/nilai

masyarakat (rujuk buku model)


















































SOALAN-SOALAN ULANGKAJI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5 2014


Bab Tingkatan 5- 2014

Soalan Ulangkaji.

Bab 1: Nasionalisme:
     Tahap-tahap nasionalisme: Bincangkan ciri-cirinya.(Indonesia dan Filipina.
-Tahap 1 dan 2: Bandingkan ciri-cirinya di Indonesia.
-Kesan tahap 1 dan 2 kepada penduduk di Indonesia.
-Apakah tuntutan penduduk di tahap 1 dan 2 di Indonesia.
-Apakah matlamat tahap 1 dan 2
-Golongan yang terlibat tahap 1 dan 2
-Nilai iktibar kepada rakyat.
-Pemimpin pada tahap gerakan ini.
-Mengapakah gerakan di Indonesia berjaya mencapai kemerdekaan?
* Keupayaan murid untuk membandingkan ciri/objektif/golongan/pemimpin di Indonesia dan Filipina bagi kedua-dua tahap.


Bab 2: Nasionalisme
-Nyatakan sebab/faktor / sebab penjajahan Tanah Melayu.Lihat daripada aspek politik, ekonomi dan sosial.
-bagaimana penduduk Tanah Melayu mempertahankan diri dari penjajahan.Apa yang mereka lakukan?
-Apakah bentuk-bentuk persiapan yang boleh kita lakukan supaya negara tidak dijajah.
-Nilai yg perlu diterapkan oleh penduduk agar tidak dijajah.
-penentangan di kelantan dan Terengganu. Ciri dan bagaimana penentangan? adakah berjaya atau tidak? kenapa
-bagaimana menjaga kedaulatan negara.


Bab 3: Penyerahan Sarawak kepada British.
-Siapa atau pihak manakah  yang terlibat.
-Mengapa penentangan penyerahan ini berlaku?
-Bagaimana penentangan dilakukan.
-Gerakan Anti penyerahan, siapa pemimpinnya? kenapa?
-Larangan kepada kakitangan kerajaan- Pekeliling no 9, apa kesannya.
-Rukun 13.siapa pemimpin? Apa yang mereka lakukan?
     -apa kesan penentangan oleh penduduk?


Bab 2: Nasionalisme Zaman Jepun.
-Dasar pemerintahan Jepun; Dasar Penjepunan atau tentera Jepun, bagaimana 
dasar dijalankan.
-Kenapa begitu?
-Kesan.
-Penentangan terhadap Jepun.
-Bagaimana kesannya.
-Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM)
-Konsep Melayu Raya dgn KRIS dan KMM.
-kenapa berjaya atau gagal?
-Persatuan-persatuan negeri dan fungsi.
-masalah2 orang Melayu/ wanita Melayu ketika itu.

Bab 2: Nasionalisme
-Faktor-faktor  pemangkin nasionalisme.
-Dasar British dalam membangkitkan nasionalisme.
-Pengaruh luar negara dalam membangkitkan
nasionalisme.
-Bagaimana pendidikan menjadi pemangkin
 nasionalisme.
-kebangkitan mesin cetak.
-penguasaan PKM.Bagaimana membangkitkan nasionalisme.



     Bab 4:Persekutuan Tanah Melayu 1948
-tujuan persekutuan Tanah Melayu diadakan.
-isi perlembagaan PTM 1948
-Mengapa berjaya.
-Tokoh yang terlibat.
-golongan yang menetang PTM 1948 dan mengapa.
      -apa tindakan mereka (org dagang dan radikal)

Bab 5: Tokoh-tokoh kemerdekaan.
.-siapa.(Tunku abd Rahman Putra al haj, Tun Abdul Razak, Tun V.T Sambathan, Tun H.S Lee)
-peranan mereka


Tajuk ulangkaji tingkatan 4


Bab 1
-Kenali nama-nama tamadun.
-kenali nama sungai.
-mengapa lembah sesuai sebagai petempatan.
-soalan KBKK: bagaimana menjaga   sungai.
-mengapa sungai penting pd zaman tamadun awal.
-mengapa sg dipilih  sebg petempatan.

Bab 2
Tamadun China /Yunani/Rom dan India (bagi ke mepat-empat tamadun)
-sumbangan sains dan teknologi.
-mengapa penting.
-senibina, kenapa penting/kepentingan
-kemajuan dalam aspek ekonomi.
-ikhtibar dalam mencapai kemajuan.
-bagaimana mencontohi kemajuan tamadun-tamadun ini.
-ciri-ciri atau nilai masayarakat bagi
mencapai kemajuan/peradaban.
-aspek sosial masyarakat (pendidikan, status masyarakat.)

Bab 3
-cara kedatangan Hindu dan Buddha.
-faktor yg mempengaruhi kedatangan Hindu &
Buddha.
-peranan dan kedudukan Raja dlm kerajaan
awal.
-amalan mengangkat sumpah kerajaan
Srivijaya.
-peranan anak2 raja di Srivijaya.
-peringkat pemerintahan Srivijaya.


Bab 4
-Islam di Makkah
-penentangan.
-faktor penentangan & penerimaan Islam.
-bagaimana mengatasi penentangan



Bab 5
-maksud Piagam Madinah.
-kandungan Piagam.
-antara pihak mana?

Bab 3: Kerajaan Maritim.
-Kerajaan Srivijaya, faktor kejayaan.
-Kedah Tua, kator kemunculan sebagai kerajaan maritim.
-Kemahiran sebagai pelaut yang hebat?
-aktiviti kerajaan maritim.
-iktibar kerajaan maritim.
-kerajaan agria: ciri-ciri dan nama kerajaan.
-kerajaan maritim, ciri-ciri dan nama kerajaan.
-kepentingan tasik Tonle Sap.
-bagaimana memajukan pertanian.
-bagaimana memajukan kerajaan maritim. 
-perkara asas dalam piagam yg penting.
-asas pembentukan Piagam Madinah.
-kepentingan mengadakan Piagam.


Friday, September 13, 2013

Tajuk Ulangkaji penting tingkatan 4, peperiksaan akhir tahun 2013




Tajuk-tajuk Ulangkaji  Peperiksaan Akhir Tahun 2013, Tingkatan 4
(sila buat semua latihan dalam buku kerja dan mohon perbincangan dgn guru) Lihat juga www.djlovehistory.blogspot.com sebagai panduan dari masa ke semasa. Sila bincang bersama guru anda atau boleh berjumpa cikgu!

Bab 3- Bab 10 sahaja. (kertas 2)
Bab 1-10 Kertas 1
Bab 6 (kertas 3)

Bab 3
-Kerajaan Agraria – definisi, ciri-ciri agraria, kegiatan ekonomi utama. (m/s 75-77)
-peranan Tasik Tonle  Sap kepada Kerajaan Angkor. (m/s 77)
-penggantungan antara agrarian dan maritim (m/s 83)
-Faktor kejayaan Srivijaya dan Kedah Tua menjadi kerajaan maritim terulung. (,/s 78-83)
-Bagaimana memajukan bidang pertanian dalam Negara. (KBKK)
Bab 4
-Reaksi masyarakat terhadap Islam.
-mengapa menolak dan mengapa terima islam (m/s 110-111)
Cara penentangan  dan bagaimana menagatasinya. (m/s 111-114)

Bab 5
-Perjanjian Aqabah 1 & 2- isi perjanjian dan kesan Perjanjian Aqabah 1 & 2 (m/s 118-119)
-Suasana di madinah. 3 golongan penduduk di madinah.(m/s 118-119)
-Penyebaran Islam – jenis strategi- penyebaran. (m/s 129-131)
-Reaksi terhadap warkah Rasullullah. (m/s 129-131)
-Sebab yang membolehkan Islam berperang. (m/s 129-131)
-garis panduan berperang. (m/s 129-131)
-mengapa dikatakan Islam berkembang disebabkan berperang. (m/s 129-131)
-Perjanjian Hudaibiyah – peristiwa, kandungan dan kepentingan Perjanjian Hudaibiyah. (m/s 130-133)
-Pembukaan semula Kota Makkah- faktor/sebab/mengapa- kepentingan, strategi, kepentingan. (m/s 134-137)
-Nilai-nilai murni bagi membentuk Negara yang aman damai dan mengekalkan perpaduan.(KBKK)

Bab 6
-Konsep Khalifah.(m/s 142)
-ciri seorang khalifah syarat untuk dilantik.(m/s 143)
-4 cara pemilihan khalifah.(m/s 143)
-sumbangan  dua  orang khalifah semasa zaman Khulafa ar rasyidin.(m/s 144-146)
-Jika anda seorang pemimpin negara Islam, apa cirri yg mesti ada. (KBKK)

Bab 8
-Pengaruh Islam di Asia Tenggara.
-Pemerintahan dan pentadbiran selepas kedatangan islam.(m/s 185-187)
-kesan kedatangan islam terhadap bahasa dan tulisan.(m/s 188-189)
-kesan dalam bidang kesenian. (m/s 190)
-pengaruh terhadap perundangan sebelum  Islam (m/s 188-189)
-Hukum Kanun Melaka (m/s 199-200)
-perbezaan antara Adat temenggung dan Adat Pepatih.(m/s 198-200)
Bab 9
-Zaman Gelap- definisi, konsep asas. –faktor, persamaan feudal Tanah Melayu –Eropah. (m/s 215-216)
-peranan raja zaman  Feudal di Eropah(m/s 216)
-Mengapa gereja dianggap mengongkong rakyat. (m/s 216)
-peranan baron (m/s 216)
-Mengapa perdagangan tidak meluas. (m/s 216)
-Zaman Renaissance –factor berlaku. Mengapa  bermula di Itali. (m/s 217-219)
-peranan patron, siapa, apa mereka lakukan.(m/s 218)
-Kesan zaman Renaissance dari segi politik, ekonomi dan sosial 9m/s 219-220)
Bab 10
-Perkembangan sekolah venakular – sekolah Cina, Inggeris, Melayu, Arab dan Tamil.(m/s 265-266)
-faktor perkembangan sekolah-sekolah ini. .(m/s 265-266)
-apa yang akan berlaku sekiranya sekoalh venakular dikekalkan sehingga peringkat menengah. .(m/s 265-266)










Wednesday, May 1, 2013

Bengkel A+ sejarah 2013

Esok 2 mei - Bengekel sejarah A+ akan diadakan.

Kelas tingkatan 5 angsana-cengal : 8-10.25 pagi akan diadakan di dewan sekolah.
                        5 kempas-5 penaga-10.25 pagi-1.05 tengah hari di dewan sekolah.

Silalah beritahu yang lain. Bawa buku teks, buku kerja, buku catatan.

Tuesday, July 31, 2012

Tujuh Rahsia di sebalik Kemerdekaan; ucapan Perasmian Kemerdekaan.


Ucapan sempena Hari  Perasmian sempena Hari Kemerdekaan
          Seringkali apabila menyebut tarikh kemerdekaan atau bulan kemerdekaan, acap kali kita didengarkan tentang mereka. Mereka yang tidak asing lagi kepada kita. Bapa Kemedekaan Tunku Abdul Rahman Putra al haj dan sebagainya. Kali ini cikgu akan memperkatakan tentang Rahsia Kita! Rahsia Kemerdekaan.

Rahsia pertama: Kemerdekaan Negara ini bukanlah tentang ‘Mereka’ tetapi Kita. Kemerdekaan bukanlah pejuangan Rombongan Merdeka sahaja semata-mata. Semua maklum yang Rombongan Merdeka mengandungi 10 orang ahli yang belayar ke London bagi membincangkan kemerdekaan.  Kemerdekaan adalah hasil perjuangan rakyat Tanah melayu atau Malaya yang berjumlah 6.36 juta ketika itu, yang sebahagian besarnya adalah orang dewasa termasuklah datik, nenek dan moyang-moyang, generasi terdahulu daripada kita. Jadi Kita adalah sebahagian daripada pejuang-pejuang kemerdekaan.

Rahsia kedua: Setelah kemenangan pilihanraya umum 1955, Perikatan yang merupakan gabungan UMNO, MCA dan MIC telah memenangi pilihanraya dengan majoriti 51/52 kerusi yg dipertandingan. Dalam manifesto atau janji-janji pilihanraya Perikatan tleha berjanji akan mendapatkan kemerdekaan dalam tempoh  4 tahun iaitu sebelum 1959. Dengan kejayaan mendapatkan kemerdekaan pada tahun 1957, bermakna PERIKATAN bukan sahaja Berjaya menunaikan janji mereka malah telah mempercepatkan manifesto mereka.

Rahsia ketiga: Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa Perikatan yang diketuai oleh Ketua Menteri (pada masa sebelum merdeka, belum ada jawatan pernada menteri) mempercepatkan kemerdekaan? Tunku Aldul Rahman Putra al Haj telah diberi sebuah rumah kerajaan di Jalan Conlay. Dan peristiwa ini telah diberitahu Tunku sendiri dalam satu temuramah dengan beliau. Pada satu hari, di tengah malam, hujan yg lebat menjadikan air menitik terus ke kepala Tunku. Tunku terjaga dan mendongak ke atas. Dilihatnya bumbung rmahnya bocor. Jadi Tunku berfikir dan berkata, “Jika beliau sebagai Ketua Menteri diberi layanan  sedemikian rupa, maka, tentulah rakyat Tanah Melayu akan menerima layanan yang lebih teruk lagi.

Rahsia keempat: Sebelum Tunku bergerak ke London, Tunku telah meminta nasihat Syeikh Abdullah Fahim tentang tarikh kemerdekaan Tanah Melayu. Syeikh Abdullah Fahim adalah seorang ahli falak iaitu seorang fakar dalam mengkaji perjalanan bulan dan bintang. Dan buat pengetahuan semua, Syeikh ini ada hubungannya dengan bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke 5 iaitu Tun Abdullah bin Ahad Badawi b.Syeikh Abdullah Fahim.

Al-Marhum Syeikh Abdullah Fahim menyebut dalam bahasa Arab "AM KHIR ATANA", yakni tahun baik datang kepada kita - bagi hari Sabtu, 31 Ogos 1957. Beliau berpesan supaya jika tarikh untuk pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu tidak pada 31 Ogos 1957, maka pada tahun-tahun berikutnya sebelum tahun 1962 adalah tidak baik untuk mengisytiharkan kemerdekaan. Bermakna jika kemerdekaan tidak dicapai pada 1957, Tanah melayu hanya boleh mencapai kemerdekaan pada tahun 1962.

Rahsia Kelima: Rombongan Merdeka telah bertolak dengan Kapal Laut bernama M.V Asia. Tujuan mereka menaiki kapal laut adalah kerana perjalanan jalan laut membolehkan ,mereka berbincang dengan lebih lanjut lagi tentang kemerdekaan Negara. Mereka dihantar oleh lebih 10 000 rakyat Tanah Melayu ke Pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura. Pemergian mereka ke London dibiayai sepenuhnya oleh rakyat Tanah Melayu yg menyumbang wang ringgit, barang kemas dan sebagainya.

Rahsia keenam: Setibanya di London, Rombongan Merdeka terpaksa bertungkus lumus melobi ahli-ahli Parlimen di London. Melobi bermaksud berjumpa dan bercakap dengan ahki-ahli parlimen satu persatu supaya mereka menyokong dan mengundi yang Tanah Melayu layak mendapat kemerdekaan. Tanpa sokongan ahli-ahli Parlimen atau dengan kata lain, jika tidak mendapat sokongan 2/3 parlimen London, Tanah Melayu tidak akan memperoleh kemerdekaan. Perjalanan yang mereka tenpuhi adalah panjang dan berliku, tidak semudah membaca dua muka surat perjalanan yg dipaparkan di buku teks sejarah tingkatan 3 dan 5. Dan akhirnya, dengan berkat usaha mereka, Parlimen bersetuju yg tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan pada 31. 8. 1957.

Rahsia ke tujuh: Pada malam 31 Ogos 1957, Kajian falak menunjukkan bahawa pada malam kemerdekaan terdapat empat buah buruj sedang berada di ufuk barat sejurus selepas terbenam matahari pada jam 7.19 malam, 30 Ogos 1957 bersamaan 4 Safar 1377 H, malam Sabtu. Buruj-buruj tersebut ialah Buruj Scorpio, Buruj Dacing Libra, Buruj Virgo dan Buruj The Sail. Buruj adalah kedudukan bintang-bintang yang boleh dilukis di langit. Kelihatan juga dua buah planet dalam keadaan sangat terang pada ketika itu - planet Musytari (kecerahan 100%) dan planet Zuhrah (kecerahan 79%). Kedua-dua planet berhampiran dengan Buruj Kapal Layar. Bulan pula tepat berada di dalam Buruj Libra. Apabila kedua-dua tarikh pilihan al-Marhum Syeikh Abdullah Fahim diperbandingkan; iaitu bagi malam 31 Ogos 1957 (4 Safar 1377H) dan malam 31 Ogos 1962 (29 Rabiul Awal 1382H); maka akan didapati jasad cakerawala berkedudukan serupa !

Kemerdekaan Negara hanya boleh dicapai dengan susah payah dan jerit pekik generasi kita yg lampau. Jika kita tidak menghayati maksud kemerdekaan, samalah ertinya kita tidak menghargai jasa datuk-nenek moyang kita yang lama dahulu. Kita bakal menyambut kemerdekaan kali ke 55. Sama-samalah kita menyambutnya dengan hati yg tulus ikhlas.
sekian, terima kasih.


Tuesday, May 8, 2012

Hadiah Hari Guru 2012

  Kepada seorang guru, tiada hadiah yang lebih bermakna daripada kejayaan anak-anak didik guru tersebut. Dan kejayaan lain yang bersangkutan dengan pendidik juga penting.

 Novel Ketiga, PURNAMA MERINDU, Keluaran ; BUKU PRIMA telah terpilih untuk dilancarkan Pada HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2012, bertempat di KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR PERAK, di Ipoh pada MAJLIS MAKAN MALAM , 15 MEI 2012.







Jadi, Jika anda belum mendapatkannya, apa lagi: sila dapatkan di kedai-kedai POPULAR, MPH berdekatan.


Wednesday, April 25, 2012

Tajuk-tajuk penting peperiksaan tingkatan 4, pertengahan tahun 2012


SMK DAMANSARA JAYA
TAJUK-TAJUK PENTING PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 4 - 2012

Bab 1  (Tema 1)
-Pengertian tamadun mengikut Barat dan Islam.
-nama2 tamadun awal di lembah sungai.
-ciri2 tamadun awal.
-mengapa tamadun bermula di sungai.
-Tamadun Mesir.(sistem pemerintahan & kepercayaan, sumbangan tamadun Mesir)
-Apakah ciri2 penting bagi memajukan negara.


Bab 2 (Tema 1) Penting.
-T.China – pendidikan dan perundangan. (jenis2 pendidikan, confusious vs legalisme) (sains sosial, sains dan teknologi)
-T.India- pendidikan dan perundangan. Undang-undang asoka /Dharma Sastra. (sains sosial, sains dan teknologi)
-Mengapa perundangan penting.
-Tamadun Rom (pentadbiran, sosial & sains teknologi)
-Tamadun Yunani (sains sosial, sains dan teknologi)

Bab 3 (Tema 2) penting.
-maksud pelabuhan pebekal, pelabuhan kerajaan, pelabuhan entrepot.
-ciri kerajaan maritim.
-mengapa perlu kerajaan agraria dan pelabuhan maritim berbaik-baik.
-Kepentingan candi,pengaruh Hindu Buddha dalam sastera.
-Pengaruh Hindu Buddha dalam masyarakat Asia tenggara. (politik, ekon dan sosial)
-Kerajaan Srivijaya & kuasa Maritim.
-Kerajaan Kedah Tua.
-Kepentingan Candi.
-Kepentingan Bahasa Sanskrit.

Bab 4 (Tema 3)Islam di Makkah. Penting.
-definisi jahiliah dan ciri2nya.
-mengapa digelar zaman kegelapan.
-ciri2 drp segi agama, politik, dan ekonomi.
-amalan sistem Kabilah & kesan-kesannya.
-semangat assabiyah definisi & kesannya terhadap masyarakat.
-bagaimana ciri2 seorang syeikh
-bagaimana penyebaran secara rahsia & terbuka.
-Penentangan Islam di Makkah.
-Reaksi masyarakat di Makkah.